Monday, December 9

Sumpahan entri sebelum ini.

Di dalam entri aku sebelum ini,
aku seperti sedang mengeluh,
kerana kataku, tiada hujan di bumi Kuantan.
Itu memang benar.

Sehari lepas tu,
Keesokan harinya,
hujan turun mencurah.
Bagai tiada ingin henti ya barangkali.
Seingat aku.

Dan.
Hujan bagai tiada noktah.
Pagi, tengahari, petang, malam, larut malam.
Hujan-

Dan bila titisan hujan itu mencurah,
maka banjir lah.
Ya, banjir.
Entahlah, banjir teruk mungkin.

Ku selitkan beberapa keping gambar cuma.


Banjir berhampiran Berjaya Megamall.


sebahagian bandar Kuantan.

sumber gambar: google image


Dan.
Kami di sini.
Tiada berbekalkan elektrik,
sumber air terputus,
dan bekalan makanan tidak mencukupi.
Untuk beberapa hari itu,
hmm. entahlah.

Oh,
baru ku tahu.
Dulu, tidak berapa ambil kisah.
nikmat yang kita tidak nampak,
bila ditarik, terkena atas batang hidung sendiri...
:'))

Sekarang, sudah stabil.
Alhamdulillah, praise to Him.

No comments: