Tuesday, December 31

Pengakhiran Dua Ribu Tiga Belas

Salam.
Jam tepat menunjukkan jam 4:24 pagi, 31 Disember, 2013.
Ku kira, tidak sampai 20 jam lagi, tirai tahun 2013 bakal melabuhkan dan memberi laluan kepada muka baru 2014 :)

Aku- masih dalam mood cuti pertengahan semester.
Ahad ini, berangkatlah aku ke Kuantan.
Terasa berat.
Terpikir, apa yg telah ku lakukan sepanjang 10 hari di rumah ni. *menyesal

***

Jika diimbas ingatanku ini, banyak benda terjadi sepanjang tahun ni.
Well- kalau nak tulis sini, memang semput lah kan.

Dah tak jadi budak sekolah. Yang ni perlu di'highlight'kan :P sepanjang 2013 ini.
Terima result espi'em :3
Masuk unibesiti. (Alhamdulillah) :)
Kawan-kawan baru! :D
Mempunyai spect yang bila duk tengah panas terik mentari, bertukar cermin gelap. Tak tau apa namanya, haha.

Yang ni zahir punya, dalaman, biarlah diri ini saja yang tahu :)

***

Ingat lagi, tarikh yg sama, tahun lepas, 2012, buat azam baru sampai 15 perkara nak buat.
Tapi, rasanya tak terbuat kot, haha.
Jadi, tahun ni taknak buat azam apa-apa dah, nak buat biasa-biasa sahaja.
;)

***

Dear blog, if u knew~ how much I want to tell you.
How, what, who- those things, that thing. Hrmm
*senyum :)

sayang, xoxo.


muka paksa-paksa tak berikhlaskan diri :'3

4:44 pagi, 31 Disember, 2013.
end of this year.
miss you.

Tuesday, December 24

Rasian tentang hal itu.

Kalau saja- dia tahu, aku tidak suka dia asyik bertanyakan hal yang sama,
pada dasarnya, aku tiada apa-apa masalah.
Tolong jangan buat andaian sendiri, please?
Menyampah.
Maaf.

Boleh saja, tidak salah. Itu bermakna, kamu mungkin mengambil berat tentang diriku (mungkin).
Tapi, bertanyakan di depan orang ramai, buat aku berasa rimas, biar pun di laman sosial.
Maaf, itu hal aku.
Kamu- tidak berhak mendesak aku.

Maaf ya teman, aku faham. Tapi, tidak perlu berkali-kali kau bertanyakan aku soalan yang sama terhadapku-
Bertanyakan tentang apa masalahku.
Jangan didesak, jangan dipaksa.
Hati manusia ini mudah rimas.
Sekali takpa, bila dah berkali-kali, ku katakan tiada apa-apa, udah lah.

Sayang kamu.

Monday, December 9

Sumpahan entri sebelum ini.

Di dalam entri aku sebelum ini,
aku seperti sedang mengeluh,
kerana kataku, tiada hujan di bumi Kuantan.
Itu memang benar.

Sehari lepas tu,
Keesokan harinya,
hujan turun mencurah.
Bagai tiada ingin henti ya barangkali.
Seingat aku.

Dan.
Hujan bagai tiada noktah.
Pagi, tengahari, petang, malam, larut malam.
Hujan-

Dan bila titisan hujan itu mencurah,
maka banjir lah.
Ya, banjir.
Entahlah, banjir teruk mungkin.

Ku selitkan beberapa keping gambar cuma.


Banjir berhampiran Berjaya Megamall.


sebahagian bandar Kuantan.

sumber gambar: google image


Dan.
Kami di sini.
Tiada berbekalkan elektrik,
sumber air terputus,
dan bekalan makanan tidak mencukupi.
Untuk beberapa hari itu,
hmm. entahlah.

Oh,
baru ku tahu.
Dulu, tidak berapa ambil kisah.
nikmat yang kita tidak nampak,
bila ditarik, terkena atas batang hidung sendiri...
:'))

Sekarang, sudah stabil.
Alhamdulillah, praise to Him.