Saturday, November 30

Titisan hujan.

Pantai timur.
Aku terbayangkan akan kampung halamanku,
Aneh jika pada akhir tahun sebegini, tiada hujan rahmat dari langit buat hambaNya.

Nov/Dis. 2004 - 2006

Dulu,
main banjir, tak kisah kawan ke tak,
masa tu, main sama-sama, lagi penting
Tak kira, asal seronok.

Lintah, pacat, alah itu perkara gampang.
kampung yg dikelilingi sawah bendang terbentang luas,
masakan tiada lintah?
Ingat lagi, dulu, masa selam selam badan dlm air banjir,
jumpa lintah, teriak.
Biasalah, budak perempuan. Ihik.
Dan, sekarang, dah wanita, masih dara trang tang tang.
Masih lagi geli akan makhluk Allah tersebut, haha.

Gadis gadis remaja yg sebaya mcm umur aku sekarang,
bawa payung, menemani adik mereka,
barangkali sekarang sudah berumah tangga,
dan beranak pinak, mungkin?

Itu, semua memori.
Memori yg ditemani pada waktu sebegini,
dan...
sungguh, aku rindu.

Sekarang, merantau di bumi Kuantan.
Ada org bilang, "Alah Kuantan, dekat shj, naik bas, 5/6 jam, sampai."
Ya, mungkin.
Tapi di sini, agak susah ya barangkali tanah kering kontang di tengah sesak kota, menerima titisan hujan.
Malam juga agak panas, bandarnya yg penuh sesak,
mungkin bagi gadis kampung spt aku,
keadaan sebegini sudah sesak. Sesak nafas.

Tiada rumput.
Jika ada pun, cukup utk sbg hiasan.
Tanahnya utk berpijak,
semuanya hitam.
Diturap jalan tar yg legam.
Mana bisa aku tidak kelam?

Hujan,
di sini, aku kekontangan.
Tidak maukah dikau merenjiskan titis cuma,
buat kami di bumi ini?


Friday, November 22

Adakah ini rindu? gundah di hati siapa yg tahu? eceh tajuk!!

Assalamualaikum.

Wah wah, lamanya aku abaikan blog aku ni. Hahaa.
Last update semasa aku buat entry pasal Minggu Destini Siswa (MDS) bulan Jun.
Whatttt? JUN? Sekarang ni dah November kot. 5 bulan aku tak ngedap blogie ni?Like seriously dear self? -,-

Dan.. semester pertama sesi pembelajaran aku dlm kos asasi undang-undang went well, so far. Tak lama, 4 bulan je utk satu sem.
Ekceli aku dalam cuti sem, 6 minggu kot. Lusa pagi aku akan gerak balik Kuantan sebab semester keduadah nak mula. Weeeee, happy sangat, kan. Heh, SO HAPPY T T

And yepp, dah nak masuk sem 2 sudah, pejam celik pejam celik. Baru aku berkesempatan intai kejap blog ni. Barang kita lama lama tak jumpa atau tengok rindu kot. Rindu laa, rindu nak tulis blog laju laju cam dulu. Dah jadi part of the blogger since 2008. Eh 2008? Yap, 2008 :)

Esok aku akan hadap 3 papers utk MUET aku. Writing, reading and listening. Speaking dah buat 30/11 hari tu. And Alhamdulillah, I've done my best. In order to pursue degree in law at UiTM, you have to get at least band 4 MUET okay. Haa, jangan pandang remeh je qualification yg UiTM nak ni, demand gila uolls.
And pointer utk sem 1 dan 2 haruslah di total kan menjadi at least 3.0, and above.

Well, banyak sebenarnya yg aku nak story pasal apa yg aku belajar dlm dunia undang-undang ni, how I went throught the cabaran, rintangan, dugaan dan bala kat sana. Hahaa, k merepek. Nanti laa aku ada masa lapang in sha Allah aku akan tulis kat blog aku sendiri ni banyak banyak sampai blog aku pon dah naik meluat tengok muka aku, haaaa. Dan sesi throwback and campakbelakang pon akan semsestinya laa kan, kahkah. Pity you, Piqah!

Well, aku nervous, gusar, serabut serabai. Sebabanya? Lusa dah nak gerak Kuantan, barang langsung tak pack lagi, baldi, selipar jepon yg tak berapa jepooon, bantal, and keperluan langsung tak ngemas. Swear I should kill myself right now. Dengan esoknya ada exam MUET. Takpa, you can do it! Chaiyokss, fighting!!!

Okay entri tiada gambar. Nampak hambar. Sorry dear, ada je gambar, sampai penuh memory card, sampai terkadang virus trojan, malware semua dah tak sesabo nak inject virus mereka ke dalam hard disc merah jambu yg legend tuu. Huaaaaa banyak benda nak buat dalam satu masa, adakan ini satu penangguhan yang berhantu dari alam sekolah? Katakan tidak!

Ok byebye readers (tu pon kalau ada la kan) haha sebab aku pon dah tak ingat blog aku sendiri, ahaksss. 5 bulan kot lesap pi hilang entah ke mana iyerr. And nak bagitahu, entry MDS aku yg before this cecah rekod nak dekat 150 views since aku abaikan blog ni. Tu views yg paling banyak la tu. Tapi aku yakin, entry merepek yg takde motif and like tah pa pe ni nak capai 2 views pon tak tercapai kan, sobs.

Wassalam♥