Friday, May 17

Allah S.W.T's Miracle.. Thanks to Allah..

Assalamualaikum my dearest and lovely readers :)

Alhamdulillah.. sekian puji bagi Allah S.W.T yang memberikan kekuatan untuk menulis serba sedikit di blog ini.

Saya ingin menceritakan pengalaman saya, dari perjalanan lepas mendapat result SPM, sehinggalah ke hari ini. Mungkin ianya sedikit peribadi, sekadar ingin berkongsi ^^,

Lepas sahaja keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012, bertarikh pada 20 Mac 2012. Kehidupan saya sedikit berubah.

Ye la, dengan result yang tak berapa nak gagah, dan jelas, saya nampak riak kekecewaan di mata ummi dan abah waktu itu :'(

Saya bingung. Cuma mendapat 5A, 3B dan 3C, always terdetik dalam hati, ke mana hala tuju saya selepas ini? Dan... saya akui, 2 minggu pertama lepas mendapat keputusan SPM merupakan saat yang amat sukar untuk saya terima... Air mata, dan hingus, tak putus-putus mengalir siang dan malam.
"Ahh, bodohnya aku, kalaulah dulu aku study betol-betol dan tak main-main..."

B.Melayu (A+) B.Inggeris (A) B.Arab(B+) Sejarah (B+) Mathematics (A+) Biology (B+)
Chemistry (C+) Physics (C+) Pend. Quran & Sunnah (A) Pend. Syariah Islamiah (A-) 
Additional Mathematics (C+)
*Result SPM saya yang saya akan simpan sampai hujung nyawa saya :')

Begitulah kehidupan saya, bangun pagi, seperti tiada mood untuk melakukan kerja rumah. Sedih. Seakan-akan, tidak meredai akan apa yang diterima oleh si budak pasca SPM waktu itu.


Pada waktu itu jugaklah, guru kaunseling saya membuat ala-ala 'meeting' dengan lepasan Wataniah Islamic Secondary School, batch SPM 2012, cikgu membantu sedaya upaya cikgu, memanggil kami untuk berfikir masak-masak tentang permohonan ke UPU. Walaupun pada saat itu, cikgu tengah sibuk dengan persiapan tesis cikgu, cikgu luangkan jugak masa buat kami :')
Hanya Allah yang mampu membalas jasamu, cikgu Wan Mohd Noor...

Dengan berbekalkan hanya 5A, dan markah merit cuma 70, saya seakan-akan tercari-cari, di mana aku selepas ini? Begitulah putaran minda saya~

Memandangkan dalam permohonan UPU, saya ada memilih Asasi TESL di UiTM, sebagai pilihan utama, Diploma TESL di UniSZA sebagai pilihan kedua, dan Asasi Undang-Undang di UiTM pada pilihan ketiga. Mungkin waktu itu, galakan daripada kawan-kawan agar saya menjadi seorang cikgu bahasa inggeris, mungkin? Haha. Dan undang-undang, pilihan saya semestinya ♥
Kira waktu itu, saya cuma ingin lari daripada ilmu Allah yang berasaskan sains dan matematik. Ilmu Allah itu luas, bukan? Undang-undang juga merupakan cebisan daripada ilmu Allah. Saya tahu kelemahan saya. Sains. Mungkin, terlalu kompleks bagi saya.



Semakan panggilan temuduga. Saya mendapat panggilan untuk ditemuduga bagi kos Asasi TESL, UiTM, memandangkan ianya memerlukan kelulusan temuduga untuk melayakkan kita ke sana.

Sewaktu ditemuduga, saya sudah buat sedaya upaya. Tapi, penemuduga-penemuduga saya tahu lebih baik daripada saya. Lantas, saya ditolak mentah-mentah sewaktu ditemuduga tersebut. Perit rasanya untuk ditelan kenangan pahit.

Saat kawan-kawan, sepupu, mak saudara, pok saudara saya bertanyakan soal temuduga, saya cuma mampu menyatakan sekada, "Erm.. boleh laa, persaingan sengit". Sekadar untuk memuaskan hati-hati mereka. Abah dan ummi, tahu yang saya berputus asa daripada diterima di UiTM waktu itu. Saya cuma sekadar berpasrah, cuma.


Semakan ke IPTA bagi pelajar SPM, (17 Mei 2013), 12 tengah hari waktu tempatan. Sebelum itu, tepat pada tarikh yang sama, jam 0:00 a.m, saya sudah mula bukak laman web UPU, takut-takut, keputusan sudah diberitahu awal dari masa yang ditetapkan, tetapi, hampa.

12.06 p.m. seingat saya waktu itu, kongsian link URL tentang semakan sudah dilangsungkan oleh mereka-mereka. Saya semak. Masukkan IC, dalam hati ini, hanya Allah sahaja yang tahu. Pada waktu itu, mental seakan-akan tidak kuat setanding dengan fizikal. Aduhai..

Dan...



TAHNIAH! Anda berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut: E0601 Asasi undang-Undang, Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Inilah yang dinamakan K E A J A I B A N oleh Allah. Ya Allah, terima kasih di atas keajaiban dan rezeki yang dilimpahkan kepada hambamu yang sering lalai ini... Tidak akan ku ulangi kesilapanku yang dulu, kuatkanlah aku, Ya Rabb.

bakal bersambung.. till then, Salam :)

2 comments:

ikhwan yusuff said...

tahniah..sesuai untuk ambik undang2 bi power kot..hehee:)

fyqazack said...

thanks ;) em, tak power pon, cakap pon still gagap2, hahak xD