Wednesday, May 29

Tutorial: Hilangkan navbar pada blog

Assalamualaikum♥

Hari ni, saya nak share tutorial macamane nak hilangkan navbar pada blog. Tak tau navbar tu ape? Alaaa, yang kat atas tu kan. Yang ni haaaa :) *tengok bawah



Tadi saya godek-godek google, cari tutorial pasal ni, tapi ade yang version lama punya, memang haram takleh pakai, blogger always dia update jadi new version, erkkk. so, kira yang saya buat ni version baru lahh, hehe.

Navbar sebenarnya berperanan untuk memudahkan blogger kembali kepada link-link tertentu. Walau bagaimanapun, beberapa pengubahsuaian yang dilakukan yang menyebabkan kehadiran navbar ini sedikit menyemakkan kat blog korang kan.

So, jadi tutorial pertama saya ni akan menunjukkan cara untuk hilangkan navbar pada blog korang semua. Antara pengubahsuaian yang menyebabkan navbar ini tidak diperlukan adalah untuk button follow dan dashboard dalam blog korang yang macam dalam blog saya ni, alik atas sekali, alik kanan agar tidak bertindan dengan navbar asal.

Just refer to the picture, guys :D
Easy step, simple.


1) Blogger home, pilih 'Template'



2) Klik 'Customize'



3) Klik 'Layout'




4) Dekat column Navbar, klil 'Edit' yang warna biru kecik tu.


5) Akan keluar pop-up macam kat bawah ni, pastu, click 'Off'
Then, 'SAVE' !!!




Hope membantu ;)
Saya dah explain secara detail dah, kalau still tak faham, tak tau lahh tu. Huhu, isokeh, just ask me :)

P/S: Nak kemas barang-barang bawak pergi Jengka. 2 hari lagi. Someone, help me :'(

Saturday, May 25

Salam Sabtu♥

Assalamualaikum♥

Hari ni hari Sabtu kan. Okay, sedang menghitung hari-hari yang bakal merubah tatacara jadual kehidupanku seharian. Easily said, saya dah nak masuk alam baru kot. Alam yang saya kurang yakin sama ada saya boleh survey ke tak. Isokey, Allah ada. Mengadulah padanya. Actually, iklan TV pasal mee sedap kari, jelas terasa kesedapannya, dan jelas kandungan Monosodium Glutamate (MSG) yang bakal menggandakan saiz badanku, depan mata ni memang menggoda. Sabar Piqah, puasa kan. Haha. *tergugat iman, phewww.

Seriously uolls, nak demam saya, lepas je pergi shoping barang-barang yang baru dibeli. It takes 3 days to burn my own money, given by my lovely mok ibu, and a little gift from ayoh chik, and my precious ummi and abah :) Huaaaaa.. duitku melayang-layang cam layang-layang, mencurah-curah bagai air paip. Nak nangiss. Tskk T__T

Alkisahnye, hari selasa baru ni, ada laa buat last trip kot, Me, Ummi Amirah, A'isyah Amri, Syafiqah Romeli, Puteri Dalila, Atikah Anawa, Ain Rosham and Ainur Awanis. We made our own trip to Kota Bharu. Bas City Liner kaler merah. Tiket semurah RM 6.80 sahaja untuk one way. Murah. Rugi sape yang bazirkan duit minyak kereta naik transport sendiri. Bwahaha :P Fyi, harga minyak naik, kan? I likeee.

Ape ape pon, pagi-pagi ni sahur, kunci jam pukul 4.55 pagi. Since kelmarin puasa tak sahur, penattt makk noksss. Sampai Wani and Kierah tego, muka pucat gilerr. Dah laa I ni berkulit putih ala-ala eropah camtu kan, kahkahkah :D *kekoyaan dan kepoyoan di situ, kfine.

Pagi ni jugak, dah siap gosok tudung bawal baru beli, yeah yeahhh. Haha. Nak pergi tangkap gambar passport. Kalau dulu, always jee tershashul sebut, gambar poskod. And okay, ia sangat memalukan. Muhuhuhu. Sebut pasal tudung baru ni kan, I have fall in love♥ with Bawal. Tak kiralah bawal ape pon, suke suke suke :* Camni, semalam pergi shopping barang-barang lagi! Weeeeee. Seriously, easily said, selagi diri ni tak daftar lagi, selagi tu laa perasaan tetiba datang sokmo sokmo, still banyak lagi things that need to buy, kannnnnnnnn.*Girls -,-

Saya juga belajar something semalam. Begini, memandangkan nanti minggu orientasi a.k.a MDS, tudung hitam adalah satu keperluan. So, saya dengan ghairahnya pergi cari tudung-tudung tu semua, kelmarin dulu. Beli tiga helai, satu yang plain, satu yang ada sulam bunga ros kat tepi, dan satu lagi corak abstrak kat tengah-tengah. Not black at all? Who cares, gilaaa you, plain jee! Asalkan cukup syarat, hitam kan, takde pulak dia mention kena hitam sepenuhnya. Nak jadi macam budak MRSM or SPB yang time outing hari sabtu, beserta baju batik masing-masing, tudung hitam kosong diorang tuu? Uhh pleaseeeee.

Dan semalam, I baru perasan, tudung abstrak yang I beli kaler hitam tu, macam rosak dan pudar sikit. Agak luntur. Emm yeahh, ni lahh ganjaran sebab beli gopoh-gopoh. Heyyy, tak boleh nak rilek ke time pilih tuu. Em so, ofkoss lah kan, I need to exchange the tudung with the new one. And you know what guysss, as I reached le akak yang duduk kat tempat cashier tu, *tokey maybe? I don't know =.=

I pon cakap laa I nak tukar. Dah laa masa beli kelmarin dulu, pekerja dia kot, as I namak bukan orang yang sama jaga tempat bayar tu macam kemlarin dulu. Dah laa tak bagi resit. Haisshhh, meniaga apa ni tak kasi resit. So u know what, the tudung, jenis yang sama, harga yang sama, mestilah kena tukar dengan jenis yang sama jugak, kan? Tapi akak tu macam kata, yang I kena ambik yang plain. Plain(kosong) which is lagi murah berbanding yang abstrak. What the? Duit I dah berhabis untuk tudung abstrak, dia senang-senang je kasi I tukar dengan tudung yang plain(kosong)? Ok, seriously, kinda feel annoying on that time.

Time tu, dengan menggunakan suara harimauku, and kepetahanku seperti join ala-ala debate, last-last, akak yang annoying tu pon panggil pekerja dia, takpon teman sekerja. Entah, I'm not sure. Dia tanya kawan dia tu, betul ke aku ada beli tudung kat kedai tu semalam, okay serious dalam hati, ehhh so sheet of paper betol. Tak jaga hati pelanggan langsung, kan -.- And akak annoying tu jugak tanya, sama ada tudung yang rosak, which aku nak tukar tu, kain dia sama dengan tudung abstrak ke plain. Haha, this part is the best, kawan dia pon tanpa teragak-agak, nie tudung yang nie laaa, *sambil tunjuk kat tudung abstrak. On that time, FEEL LIKE A BOSS. Wohoooo! :D


Lesson from this guys, stand on your point k! Jangan pakat ikut jee orang cakap ape, kita follow. Bagai lembu dicucuk hidung tau, haha. Don't redah je, right. Jati diri perlu kental! Yeahhh. Berani pertahankan hak kita, berani kerana benar! Akak tu konfem malu gila, malu oiii. Haha, ok saya tahu saya evil. Kalau korang dalam situasi like me, ape korang buat? Tanya hati.

That's all. Salam readers♥

Tuesday, May 21

Le'Twinkle

Assalamualaikum♥

Huahh, ngantuknye. Tulis entry ni dalam mood ngantuk k ngantuk -_- Tapi takpe lah, since kelmarin bila tahu kena daftar kat UiTM Kampus Jengka, dan ada baki tak sampai dua minggu lagi nak byebye kat kampung ni T_T Rasa macam rindu sangat. Rindu kat everything *haihh belom ape-ape lagi dah rindu, Pre-Homesick. Anak manja. Ye, memang aku anak manja, problem? Problem? Haha. *Ala taiko celup mehmehmeh.

Kelmarin, my beloved ummi spent her whole day accompanied me to buy le stuffs. Syukur, boleh dikatakan 49.99% barang dah pon dibeli. Luggage bapak besar, sandal yang bentuknye agak unik yet sedikit pelik -.- seluar tracks Forest 3 helai sekaligus hambik ngko. Ingatkan nanti Minggu Destini Siswa (MDS) perlukan a lot of seluar track. Tapi, abang-abang and kakak-kakak senior dalam group satu ni heboh cakap for the girls, sepenuhnya baju kurung, tudung hitam style roket. And me like, rocket whattt. Haha, and kasut sukan. Bayangkan, agak fashionista di situ, hehe, kinda weirdo, but I likeeee. Imagine me, myself, baju kurung beserta dengan kasut sukan.

Hari ni, actually abah suroh buat medical check up, tapi, disebabkan rasa malas dan huahh, malasnye. Terpaksa bagi alasan macam-macam. Erkk, tak sedo diri borang Yayasan Terengganu belum isi, borang bantuan kewangan KPTA belom bereskan, borang pendaftaran UiTM, lagi laaa. Haha, bagus-bagus. Orang lain dah buat awal-awal. Keep the good side of you, trololol.

Esok, rancangannya mahu beli lagi barang-barang yang belum complete. Entah laa, si Piqah ni tak duduk senang selagi barang-barang banyak lagi yang belum dibeli, even barang tu tak compulsory mane pon. Padahal, buat medical check up, pergi jumpa yang berkenaan untuk pengesahan lagi penting, kan. Haihh. *Mengeluh lagi, malam keluhan kot.

Perasaan rasa macam bercampur aduk. Mood pon tak stabil je rasa. Telefon Q, nangis. Problem!

Good night, sweetie pie ♥

Friday, May 17

Allah S.W.T's Miracle.. Thanks to Allah..

Assalamualaikum my dearest and lovely readers :)

Alhamdulillah.. sekian puji bagi Allah S.W.T yang memberikan kekuatan untuk menulis serba sedikit di blog ini.

Saya ingin menceritakan pengalaman saya, dari perjalanan lepas mendapat result SPM, sehinggalah ke hari ini. Mungkin ianya sedikit peribadi, sekadar ingin berkongsi ^^,

Lepas sahaja keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012, bertarikh pada 20 Mac 2012. Kehidupan saya sedikit berubah.

Ye la, dengan result yang tak berapa nak gagah, dan jelas, saya nampak riak kekecewaan di mata ummi dan abah waktu itu :'(

Saya bingung. Cuma mendapat 5A, 3B dan 3C, always terdetik dalam hati, ke mana hala tuju saya selepas ini? Dan... saya akui, 2 minggu pertama lepas mendapat keputusan SPM merupakan saat yang amat sukar untuk saya terima... Air mata, dan hingus, tak putus-putus mengalir siang dan malam.
"Ahh, bodohnya aku, kalaulah dulu aku study betol-betol dan tak main-main..."

B.Melayu (A+) B.Inggeris (A) B.Arab(B+) Sejarah (B+) Mathematics (A+) Biology (B+)
Chemistry (C+) Physics (C+) Pend. Quran & Sunnah (A) Pend. Syariah Islamiah (A-) 
Additional Mathematics (C+)
*Result SPM saya yang saya akan simpan sampai hujung nyawa saya :')

Begitulah kehidupan saya, bangun pagi, seperti tiada mood untuk melakukan kerja rumah. Sedih. Seakan-akan, tidak meredai akan apa yang diterima oleh si budak pasca SPM waktu itu.


Pada waktu itu jugaklah, guru kaunseling saya membuat ala-ala 'meeting' dengan lepasan Wataniah Islamic Secondary School, batch SPM 2012, cikgu membantu sedaya upaya cikgu, memanggil kami untuk berfikir masak-masak tentang permohonan ke UPU. Walaupun pada saat itu, cikgu tengah sibuk dengan persiapan tesis cikgu, cikgu luangkan jugak masa buat kami :')
Hanya Allah yang mampu membalas jasamu, cikgu Wan Mohd Noor...

Dengan berbekalkan hanya 5A, dan markah merit cuma 70, saya seakan-akan tercari-cari, di mana aku selepas ini? Begitulah putaran minda saya~

Memandangkan dalam permohonan UPU, saya ada memilih Asasi TESL di UiTM, sebagai pilihan utama, Diploma TESL di UniSZA sebagai pilihan kedua, dan Asasi Undang-Undang di UiTM pada pilihan ketiga. Mungkin waktu itu, galakan daripada kawan-kawan agar saya menjadi seorang cikgu bahasa inggeris, mungkin? Haha. Dan undang-undang, pilihan saya semestinya ♥
Kira waktu itu, saya cuma ingin lari daripada ilmu Allah yang berasaskan sains dan matematik. Ilmu Allah itu luas, bukan? Undang-undang juga merupakan cebisan daripada ilmu Allah. Saya tahu kelemahan saya. Sains. Mungkin, terlalu kompleks bagi saya.



Semakan panggilan temuduga. Saya mendapat panggilan untuk ditemuduga bagi kos Asasi TESL, UiTM, memandangkan ianya memerlukan kelulusan temuduga untuk melayakkan kita ke sana.

Sewaktu ditemuduga, saya sudah buat sedaya upaya. Tapi, penemuduga-penemuduga saya tahu lebih baik daripada saya. Lantas, saya ditolak mentah-mentah sewaktu ditemuduga tersebut. Perit rasanya untuk ditelan kenangan pahit.

Saat kawan-kawan, sepupu, mak saudara, pok saudara saya bertanyakan soal temuduga, saya cuma mampu menyatakan sekada, "Erm.. boleh laa, persaingan sengit". Sekadar untuk memuaskan hati-hati mereka. Abah dan ummi, tahu yang saya berputus asa daripada diterima di UiTM waktu itu. Saya cuma sekadar berpasrah, cuma.


Semakan ke IPTA bagi pelajar SPM, (17 Mei 2013), 12 tengah hari waktu tempatan. Sebelum itu, tepat pada tarikh yang sama, jam 0:00 a.m, saya sudah mula bukak laman web UPU, takut-takut, keputusan sudah diberitahu awal dari masa yang ditetapkan, tetapi, hampa.

12.06 p.m. seingat saya waktu itu, kongsian link URL tentang semakan sudah dilangsungkan oleh mereka-mereka. Saya semak. Masukkan IC, dalam hati ini, hanya Allah sahaja yang tahu. Pada waktu itu, mental seakan-akan tidak kuat setanding dengan fizikal. Aduhai..

Dan...



TAHNIAH! Anda berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut: E0601 Asasi undang-Undang, Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Inilah yang dinamakan K E A J A I B A N oleh Allah. Ya Allah, terima kasih di atas keajaiban dan rezeki yang dilimpahkan kepada hambamu yang sering lalai ini... Tidak akan ku ulangi kesilapanku yang dulu, kuatkanlah aku, Ya Rabb.

bakal bersambung.. till then, Salam :)

Monday, May 13

Annyeong, chingu!

Salam..

Hari ni dah 13 Mei. Ku akui, rindu sekolah. Kali ni, betul-betul rindu sekolah, sekolahku, Sek Men Keb Agama Wataniah :'(

Banyak kenangan ku cipta bersama teman seperjuangan.. itu, dan ini.. seakan, tatkala mengimbau kembali, sayu rasanya.. sungguh sayu.

By the way, today, ada kawan-kawan sesekolah dulu pergi temuduga maktab, all the best, bakal-bakal cikgu! ^_^

Teringat balik masa pergi temuduga Asasi TESL, UiTM kat UiTM Kampus Kuantan 2, Padang Lalang hari tu. Lots of sweet, but yet, sour and bitter memories -,-

Sekarang, duduk dekat rumah, just tunggu keputusan UPU, asyik tangguh je kan, haishh. Katanya, dalam minggu ketiga bulan Mei, kalau ditangguh lagi, eee memang laa kan >_<

Tawaran matrikulasi, dapat matrikulasi Pahang. Dekat ngan Gambang. Hah Gambang? Yeayyy, Gambang Water Park, ahakss xP

Khamis ni, 16 Mei, Hari Guru :')

Dah lama tak update blog, tetiba, rasa semangat balik nak blogging... Hihi.

That's all, thanks for spending your time, readers :)