Tuesday, December 31

Pengakhiran Dua Ribu Tiga Belas

Salam.
Jam tepat menunjukkan jam 4:24 pagi, 31 Disember, 2013.
Ku kira, tidak sampai 20 jam lagi, tirai tahun 2013 bakal melabuhkan dan memberi laluan kepada muka baru 2014 :)

Aku- masih dalam mood cuti pertengahan semester.
Ahad ini, berangkatlah aku ke Kuantan.
Terasa berat.
Terpikir, apa yg telah ku lakukan sepanjang 10 hari di rumah ni. *menyesal

***

Jika diimbas ingatanku ini, banyak benda terjadi sepanjang tahun ni.
Well- kalau nak tulis sini, memang semput lah kan.

Dah tak jadi budak sekolah. Yang ni perlu di'highlight'kan :P sepanjang 2013 ini.
Terima result espi'em :3
Masuk unibesiti. (Alhamdulillah) :)
Kawan-kawan baru! :D
Mempunyai spect yang bila duk tengah panas terik mentari, bertukar cermin gelap. Tak tau apa namanya, haha.

Yang ni zahir punya, dalaman, biarlah diri ini saja yang tahu :)

***

Ingat lagi, tarikh yg sama, tahun lepas, 2012, buat azam baru sampai 15 perkara nak buat.
Tapi, rasanya tak terbuat kot, haha.
Jadi, tahun ni taknak buat azam apa-apa dah, nak buat biasa-biasa sahaja.
;)

***

Dear blog, if u knew~ how much I want to tell you.
How, what, who- those things, that thing. Hrmm
*senyum :)

sayang, xoxo.


muka paksa-paksa tak berikhlaskan diri :'3

4:44 pagi, 31 Disember, 2013.
end of this year.
miss you.

Tuesday, December 24

Rasian tentang hal itu.

Kalau saja- dia tahu, aku tidak suka dia asyik bertanyakan hal yang sama,
pada dasarnya, aku tiada apa-apa masalah.
Tolong jangan buat andaian sendiri, please?
Menyampah.
Maaf.

Boleh saja, tidak salah. Itu bermakna, kamu mungkin mengambil berat tentang diriku (mungkin).
Tapi, bertanyakan di depan orang ramai, buat aku berasa rimas, biar pun di laman sosial.
Maaf, itu hal aku.
Kamu- tidak berhak mendesak aku.

Maaf ya teman, aku faham. Tapi, tidak perlu berkali-kali kau bertanyakan aku soalan yang sama terhadapku-
Bertanyakan tentang apa masalahku.
Jangan didesak, jangan dipaksa.
Hati manusia ini mudah rimas.
Sekali takpa, bila dah berkali-kali, ku katakan tiada apa-apa, udah lah.

Sayang kamu.

Monday, December 9

Sumpahan entri sebelum ini.

Di dalam entri aku sebelum ini,
aku seperti sedang mengeluh,
kerana kataku, tiada hujan di bumi Kuantan.
Itu memang benar.

Sehari lepas tu,
Keesokan harinya,
hujan turun mencurah.
Bagai tiada ingin henti ya barangkali.
Seingat aku.

Dan.
Hujan bagai tiada noktah.
Pagi, tengahari, petang, malam, larut malam.
Hujan-

Dan bila titisan hujan itu mencurah,
maka banjir lah.
Ya, banjir.
Entahlah, banjir teruk mungkin.

Ku selitkan beberapa keping gambar cuma.


Banjir berhampiran Berjaya Megamall.


sebahagian bandar Kuantan.

sumber gambar: google image


Dan.
Kami di sini.
Tiada berbekalkan elektrik,
sumber air terputus,
dan bekalan makanan tidak mencukupi.
Untuk beberapa hari itu,
hmm. entahlah.

Oh,
baru ku tahu.
Dulu, tidak berapa ambil kisah.
nikmat yang kita tidak nampak,
bila ditarik, terkena atas batang hidung sendiri...
:'))

Sekarang, sudah stabil.
Alhamdulillah, praise to Him.

Saturday, November 30

Titisan hujan.

Pantai timur.
Aku terbayangkan akan kampung halamanku,
Aneh jika pada akhir tahun sebegini, tiada hujan rahmat dari langit buat hambaNya.

Nov/Dis. 2004 - 2006

Dulu,
main banjir, tak kisah kawan ke tak,
masa tu, main sama-sama, lagi penting
Tak kira, asal seronok.

Lintah, pacat, alah itu perkara gampang.
kampung yg dikelilingi sawah bendang terbentang luas,
masakan tiada lintah?
Ingat lagi, dulu, masa selam selam badan dlm air banjir,
jumpa lintah, teriak.
Biasalah, budak perempuan. Ihik.
Dan, sekarang, dah wanita, masih dara trang tang tang.
Masih lagi geli akan makhluk Allah tersebut, haha.

Gadis gadis remaja yg sebaya mcm umur aku sekarang,
bawa payung, menemani adik mereka,
barangkali sekarang sudah berumah tangga,
dan beranak pinak, mungkin?

Itu, semua memori.
Memori yg ditemani pada waktu sebegini,
dan...
sungguh, aku rindu.

Sekarang, merantau di bumi Kuantan.
Ada org bilang, "Alah Kuantan, dekat shj, naik bas, 5/6 jam, sampai."
Ya, mungkin.
Tapi di sini, agak susah ya barangkali tanah kering kontang di tengah sesak kota, menerima titisan hujan.
Malam juga agak panas, bandarnya yg penuh sesak,
mungkin bagi gadis kampung spt aku,
keadaan sebegini sudah sesak. Sesak nafas.

Tiada rumput.
Jika ada pun, cukup utk sbg hiasan.
Tanahnya utk berpijak,
semuanya hitam.
Diturap jalan tar yg legam.
Mana bisa aku tidak kelam?

Hujan,
di sini, aku kekontangan.
Tidak maukah dikau merenjiskan titis cuma,
buat kami di bumi ini?


Friday, November 22

Adakah ini rindu? gundah di hati siapa yg tahu? eceh tajuk!!

Assalamualaikum.

Wah wah, lamanya aku abaikan blog aku ni. Hahaa.
Last update semasa aku buat entry pasal Minggu Destini Siswa (MDS) bulan Jun.
Whatttt? JUN? Sekarang ni dah November kot. 5 bulan aku tak ngedap blogie ni?Like seriously dear self? -,-

Dan.. semester pertama sesi pembelajaran aku dlm kos asasi undang-undang went well, so far. Tak lama, 4 bulan je utk satu sem.
Ekceli aku dalam cuti sem, 6 minggu kot. Lusa pagi aku akan gerak balik Kuantan sebab semester keduadah nak mula. Weeeee, happy sangat, kan. Heh, SO HAPPY T T

And yepp, dah nak masuk sem 2 sudah, pejam celik pejam celik. Baru aku berkesempatan intai kejap blog ni. Barang kita lama lama tak jumpa atau tengok rindu kot. Rindu laa, rindu nak tulis blog laju laju cam dulu. Dah jadi part of the blogger since 2008. Eh 2008? Yap, 2008 :)

Esok aku akan hadap 3 papers utk MUET aku. Writing, reading and listening. Speaking dah buat 30/11 hari tu. And Alhamdulillah, I've done my best. In order to pursue degree in law at UiTM, you have to get at least band 4 MUET okay. Haa, jangan pandang remeh je qualification yg UiTM nak ni, demand gila uolls.
And pointer utk sem 1 dan 2 haruslah di total kan menjadi at least 3.0, and above.

Well, banyak sebenarnya yg aku nak story pasal apa yg aku belajar dlm dunia undang-undang ni, how I went throught the cabaran, rintangan, dugaan dan bala kat sana. Hahaa, k merepek. Nanti laa aku ada masa lapang in sha Allah aku akan tulis kat blog aku sendiri ni banyak banyak sampai blog aku pon dah naik meluat tengok muka aku, haaaa. Dan sesi throwback and campakbelakang pon akan semsestinya laa kan, kahkah. Pity you, Piqah!

Well, aku nervous, gusar, serabut serabai. Sebabanya? Lusa dah nak gerak Kuantan, barang langsung tak pack lagi, baldi, selipar jepon yg tak berapa jepooon, bantal, and keperluan langsung tak ngemas. Swear I should kill myself right now. Dengan esoknya ada exam MUET. Takpa, you can do it! Chaiyokss, fighting!!!

Okay entri tiada gambar. Nampak hambar. Sorry dear, ada je gambar, sampai penuh memory card, sampai terkadang virus trojan, malware semua dah tak sesabo nak inject virus mereka ke dalam hard disc merah jambu yg legend tuu. Huaaaaa banyak benda nak buat dalam satu masa, adakan ini satu penangguhan yang berhantu dari alam sekolah? Katakan tidak!

Ok byebye readers (tu pon kalau ada la kan) haha sebab aku pon dah tak ingat blog aku sendiri, ahaksss. 5 bulan kot lesap pi hilang entah ke mana iyerr. And nak bagitahu, entry MDS aku yg before this cecah rekod nak dekat 150 views since aku abaikan blog ni. Tu views yg paling banyak la tu. Tapi aku yakin, entry merepek yg takde motif and like tah pa pe ni nak capai 2 views pon tak tercapai kan, sobs.

Wassalam♥

Sunday, June 16

Minggu Destini Siswa(MDS) 2013

Assalamualaikum and hi peeps

Well, as you guys and girls know, I just finished my orientation week a.k.a Minggu Destini Siswa(MDS) about almost one week ago, which is ended off during 8th June. Seriously, my experience in there such a big yet most memorable thing that happened to the part of my life.

I just don't have a lot of pictures during the MDS. On 1st June, my whole family, abah, ummi, kierah, wani and luqman had sent me to UiTM Kampus Jengka, Pahang. Oh My God! Early in the morning, umm no, I mean, since a few days before the registration day, I just kept on my mind, that I won't won't won't cry in front of ummi. I won't! And yes, I managed to, eventhough kinda feeling that my emotions went distracted sometimes. I don't know somehow. Urghhh.


Last night with my beloved family. Such a dramatic night view from le hotel at Temerloh, Pahang. As the hotels and homestays near to Jengka, have fulled already.



The day view when at first arrived UiTM Kampus Jengka. My registration day started here (:
Such lots of people. Parents came from all around Malaysia, just came here, accompanied their childs with such a big hopes, xoxo



Excited. Budak pipi chubby putih sepu. Haha :3


I met this cute girl, Byla. She was one of my roomates at UiTM Kampus Jengka, Pahang during the orientation. And now, she also be part of my roomates at UiTM Kampus Kuantan, which is located at Bukit Sekilau. For this year, the girls for Lawrian(s) and Teslian(s) are located at Bukit Sekilau.


Say hi to me, I'm a Law student btw, and hello to Byla comel, she's a TESL-ian student :)


During the MDS, we were been asked to wear tudung/veil that is black in colour, and have to be 'tudung bawal'. And, most of our activities, are required us to wear sport shoes 24/7 toughly. Till then, both of my foot, left feet was sprained during the MDS, my own carelessness actually.


Le' medicine T_T



The kaki that seems so pathetic. Haha



Yeayyy dapat air susu kotak dari abang and kakak OC yang baik hati selepas kaki dirawat ;)


Then, during the 2nd day of MDS, my right feet became blistered. It's okay, I'm a strong girl yaww. Haha. Then, as my condition for both of my foot not to be seems so good, I had to take a van as when I neede to walk away from one place to one place, as the distance was kinda too far away, you know what.


The van yang budak sakit naik. Tapi ramai je yang buat buat sakit sebab malas jalan. Kesian dekat budak yang betol betol sakit macam I -.-


From the main hall, Dewan Indera Segara(DIS) to the dining hall, from my estimation, maybe about 2 kilomitres? Yeah, fact. It just useless if after taking shower, then you have to walk for that long, then after reached at DIS, the sweating -,-


We all, 2,600+ students were at Dewan Indera Segara(DIS) at one time, please do imagine -..-

*I'm typing this entry late night, kinda feelin' damn damn sleepy. Sorry for gramatically errors, typos and so on. Chill guys, maybe will continue updating later.
Salam people :*


Wednesday, May 29

Tutorial: Hilangkan navbar pada blog

Assalamualaikum♥

Hari ni, saya nak share tutorial macamane nak hilangkan navbar pada blog. Tak tau navbar tu ape? Alaaa, yang kat atas tu kan. Yang ni haaaa :) *tengok bawah



Tadi saya godek-godek google, cari tutorial pasal ni, tapi ade yang version lama punya, memang haram takleh pakai, blogger always dia update jadi new version, erkkk. so, kira yang saya buat ni version baru lahh, hehe.

Navbar sebenarnya berperanan untuk memudahkan blogger kembali kepada link-link tertentu. Walau bagaimanapun, beberapa pengubahsuaian yang dilakukan yang menyebabkan kehadiran navbar ini sedikit menyemakkan kat blog korang kan.

So, jadi tutorial pertama saya ni akan menunjukkan cara untuk hilangkan navbar pada blog korang semua. Antara pengubahsuaian yang menyebabkan navbar ini tidak diperlukan adalah untuk button follow dan dashboard dalam blog korang yang macam dalam blog saya ni, alik atas sekali, alik kanan agar tidak bertindan dengan navbar asal.

Just refer to the picture, guys :D
Easy step, simple.


1) Blogger home, pilih 'Template'



2) Klik 'Customize'



3) Klik 'Layout'




4) Dekat column Navbar, klil 'Edit' yang warna biru kecik tu.


5) Akan keluar pop-up macam kat bawah ni, pastu, click 'Off'
Then, 'SAVE' !!!




Hope membantu ;)
Saya dah explain secara detail dah, kalau still tak faham, tak tau lahh tu. Huhu, isokeh, just ask me :)

P/S: Nak kemas barang-barang bawak pergi Jengka. 2 hari lagi. Someone, help me :'(

Saturday, May 25

Salam Sabtu♥

Assalamualaikum♥

Hari ni hari Sabtu kan. Okay, sedang menghitung hari-hari yang bakal merubah tatacara jadual kehidupanku seharian. Easily said, saya dah nak masuk alam baru kot. Alam yang saya kurang yakin sama ada saya boleh survey ke tak. Isokey, Allah ada. Mengadulah padanya. Actually, iklan TV pasal mee sedap kari, jelas terasa kesedapannya, dan jelas kandungan Monosodium Glutamate (MSG) yang bakal menggandakan saiz badanku, depan mata ni memang menggoda. Sabar Piqah, puasa kan. Haha. *tergugat iman, phewww.

Seriously uolls, nak demam saya, lepas je pergi shoping barang-barang yang baru dibeli. It takes 3 days to burn my own money, given by my lovely mok ibu, and a little gift from ayoh chik, and my precious ummi and abah :) Huaaaaa.. duitku melayang-layang cam layang-layang, mencurah-curah bagai air paip. Nak nangiss. Tskk T__T

Alkisahnye, hari selasa baru ni, ada laa buat last trip kot, Me, Ummi Amirah, A'isyah Amri, Syafiqah Romeli, Puteri Dalila, Atikah Anawa, Ain Rosham and Ainur Awanis. We made our own trip to Kota Bharu. Bas City Liner kaler merah. Tiket semurah RM 6.80 sahaja untuk one way. Murah. Rugi sape yang bazirkan duit minyak kereta naik transport sendiri. Bwahaha :P Fyi, harga minyak naik, kan? I likeee.

Ape ape pon, pagi-pagi ni sahur, kunci jam pukul 4.55 pagi. Since kelmarin puasa tak sahur, penattt makk noksss. Sampai Wani and Kierah tego, muka pucat gilerr. Dah laa I ni berkulit putih ala-ala eropah camtu kan, kahkahkah :D *kekoyaan dan kepoyoan di situ, kfine.

Pagi ni jugak, dah siap gosok tudung bawal baru beli, yeah yeahhh. Haha. Nak pergi tangkap gambar passport. Kalau dulu, always jee tershashul sebut, gambar poskod. And okay, ia sangat memalukan. Muhuhuhu. Sebut pasal tudung baru ni kan, I have fall in love♥ with Bawal. Tak kiralah bawal ape pon, suke suke suke :* Camni, semalam pergi shopping barang-barang lagi! Weeeeee. Seriously, easily said, selagi diri ni tak daftar lagi, selagi tu laa perasaan tetiba datang sokmo sokmo, still banyak lagi things that need to buy, kannnnnnnnn.*Girls -,-

Saya juga belajar something semalam. Begini, memandangkan nanti minggu orientasi a.k.a MDS, tudung hitam adalah satu keperluan. So, saya dengan ghairahnya pergi cari tudung-tudung tu semua, kelmarin dulu. Beli tiga helai, satu yang plain, satu yang ada sulam bunga ros kat tepi, dan satu lagi corak abstrak kat tengah-tengah. Not black at all? Who cares, gilaaa you, plain jee! Asalkan cukup syarat, hitam kan, takde pulak dia mention kena hitam sepenuhnya. Nak jadi macam budak MRSM or SPB yang time outing hari sabtu, beserta baju batik masing-masing, tudung hitam kosong diorang tuu? Uhh pleaseeeee.

Dan semalam, I baru perasan, tudung abstrak yang I beli kaler hitam tu, macam rosak dan pudar sikit. Agak luntur. Emm yeahh, ni lahh ganjaran sebab beli gopoh-gopoh. Heyyy, tak boleh nak rilek ke time pilih tuu. Em so, ofkoss lah kan, I need to exchange the tudung with the new one. And you know what guysss, as I reached le akak yang duduk kat tempat cashier tu, *tokey maybe? I don't know =.=

I pon cakap laa I nak tukar. Dah laa masa beli kelmarin dulu, pekerja dia kot, as I namak bukan orang yang sama jaga tempat bayar tu macam kemlarin dulu. Dah laa tak bagi resit. Haisshhh, meniaga apa ni tak kasi resit. So u know what, the tudung, jenis yang sama, harga yang sama, mestilah kena tukar dengan jenis yang sama jugak, kan? Tapi akak tu macam kata, yang I kena ambik yang plain. Plain(kosong) which is lagi murah berbanding yang abstrak. What the? Duit I dah berhabis untuk tudung abstrak, dia senang-senang je kasi I tukar dengan tudung yang plain(kosong)? Ok, seriously, kinda feel annoying on that time.

Time tu, dengan menggunakan suara harimauku, and kepetahanku seperti join ala-ala debate, last-last, akak yang annoying tu pon panggil pekerja dia, takpon teman sekerja. Entah, I'm not sure. Dia tanya kawan dia tu, betul ke aku ada beli tudung kat kedai tu semalam, okay serious dalam hati, ehhh so sheet of paper betol. Tak jaga hati pelanggan langsung, kan -.- And akak annoying tu jugak tanya, sama ada tudung yang rosak, which aku nak tukar tu, kain dia sama dengan tudung abstrak ke plain. Haha, this part is the best, kawan dia pon tanpa teragak-agak, nie tudung yang nie laaa, *sambil tunjuk kat tudung abstrak. On that time, FEEL LIKE A BOSS. Wohoooo! :D


Lesson from this guys, stand on your point k! Jangan pakat ikut jee orang cakap ape, kita follow. Bagai lembu dicucuk hidung tau, haha. Don't redah je, right. Jati diri perlu kental! Yeahhh. Berani pertahankan hak kita, berani kerana benar! Akak tu konfem malu gila, malu oiii. Haha, ok saya tahu saya evil. Kalau korang dalam situasi like me, ape korang buat? Tanya hati.

That's all. Salam readers♥

Tuesday, May 21

Le'Twinkle

Assalamualaikum♥

Huahh, ngantuknye. Tulis entry ni dalam mood ngantuk k ngantuk -_- Tapi takpe lah, since kelmarin bila tahu kena daftar kat UiTM Kampus Jengka, dan ada baki tak sampai dua minggu lagi nak byebye kat kampung ni T_T Rasa macam rindu sangat. Rindu kat everything *haihh belom ape-ape lagi dah rindu, Pre-Homesick. Anak manja. Ye, memang aku anak manja, problem? Problem? Haha. *Ala taiko celup mehmehmeh.

Kelmarin, my beloved ummi spent her whole day accompanied me to buy le stuffs. Syukur, boleh dikatakan 49.99% barang dah pon dibeli. Luggage bapak besar, sandal yang bentuknye agak unik yet sedikit pelik -.- seluar tracks Forest 3 helai sekaligus hambik ngko. Ingatkan nanti Minggu Destini Siswa (MDS) perlukan a lot of seluar track. Tapi, abang-abang and kakak-kakak senior dalam group satu ni heboh cakap for the girls, sepenuhnya baju kurung, tudung hitam style roket. And me like, rocket whattt. Haha, and kasut sukan. Bayangkan, agak fashionista di situ, hehe, kinda weirdo, but I likeeee. Imagine me, myself, baju kurung beserta dengan kasut sukan.

Hari ni, actually abah suroh buat medical check up, tapi, disebabkan rasa malas dan huahh, malasnye. Terpaksa bagi alasan macam-macam. Erkk, tak sedo diri borang Yayasan Terengganu belum isi, borang bantuan kewangan KPTA belom bereskan, borang pendaftaran UiTM, lagi laaa. Haha, bagus-bagus. Orang lain dah buat awal-awal. Keep the good side of you, trololol.

Esok, rancangannya mahu beli lagi barang-barang yang belum complete. Entah laa, si Piqah ni tak duduk senang selagi barang-barang banyak lagi yang belum dibeli, even barang tu tak compulsory mane pon. Padahal, buat medical check up, pergi jumpa yang berkenaan untuk pengesahan lagi penting, kan. Haihh. *Mengeluh lagi, malam keluhan kot.

Perasaan rasa macam bercampur aduk. Mood pon tak stabil je rasa. Telefon Q, nangis. Problem!

Good night, sweetie pie ♥

Friday, May 17

Allah S.W.T's Miracle.. Thanks to Allah..

Assalamualaikum my dearest and lovely readers :)

Alhamdulillah.. sekian puji bagi Allah S.W.T yang memberikan kekuatan untuk menulis serba sedikit di blog ini.

Saya ingin menceritakan pengalaman saya, dari perjalanan lepas mendapat result SPM, sehinggalah ke hari ini. Mungkin ianya sedikit peribadi, sekadar ingin berkongsi ^^,

Lepas sahaja keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012, bertarikh pada 20 Mac 2012. Kehidupan saya sedikit berubah.

Ye la, dengan result yang tak berapa nak gagah, dan jelas, saya nampak riak kekecewaan di mata ummi dan abah waktu itu :'(

Saya bingung. Cuma mendapat 5A, 3B dan 3C, always terdetik dalam hati, ke mana hala tuju saya selepas ini? Dan... saya akui, 2 minggu pertama lepas mendapat keputusan SPM merupakan saat yang amat sukar untuk saya terima... Air mata, dan hingus, tak putus-putus mengalir siang dan malam.
"Ahh, bodohnya aku, kalaulah dulu aku study betol-betol dan tak main-main..."

B.Melayu (A+) B.Inggeris (A) B.Arab(B+) Sejarah (B+) Mathematics (A+) Biology (B+)
Chemistry (C+) Physics (C+) Pend. Quran & Sunnah (A) Pend. Syariah Islamiah (A-) 
Additional Mathematics (C+)
*Result SPM saya yang saya akan simpan sampai hujung nyawa saya :')

Begitulah kehidupan saya, bangun pagi, seperti tiada mood untuk melakukan kerja rumah. Sedih. Seakan-akan, tidak meredai akan apa yang diterima oleh si budak pasca SPM waktu itu.


Pada waktu itu jugaklah, guru kaunseling saya membuat ala-ala 'meeting' dengan lepasan Wataniah Islamic Secondary School, batch SPM 2012, cikgu membantu sedaya upaya cikgu, memanggil kami untuk berfikir masak-masak tentang permohonan ke UPU. Walaupun pada saat itu, cikgu tengah sibuk dengan persiapan tesis cikgu, cikgu luangkan jugak masa buat kami :')
Hanya Allah yang mampu membalas jasamu, cikgu Wan Mohd Noor...

Dengan berbekalkan hanya 5A, dan markah merit cuma 70, saya seakan-akan tercari-cari, di mana aku selepas ini? Begitulah putaran minda saya~

Memandangkan dalam permohonan UPU, saya ada memilih Asasi TESL di UiTM, sebagai pilihan utama, Diploma TESL di UniSZA sebagai pilihan kedua, dan Asasi Undang-Undang di UiTM pada pilihan ketiga. Mungkin waktu itu, galakan daripada kawan-kawan agar saya menjadi seorang cikgu bahasa inggeris, mungkin? Haha. Dan undang-undang, pilihan saya semestinya ♥
Kira waktu itu, saya cuma ingin lari daripada ilmu Allah yang berasaskan sains dan matematik. Ilmu Allah itu luas, bukan? Undang-undang juga merupakan cebisan daripada ilmu Allah. Saya tahu kelemahan saya. Sains. Mungkin, terlalu kompleks bagi saya.



Semakan panggilan temuduga. Saya mendapat panggilan untuk ditemuduga bagi kos Asasi TESL, UiTM, memandangkan ianya memerlukan kelulusan temuduga untuk melayakkan kita ke sana.

Sewaktu ditemuduga, saya sudah buat sedaya upaya. Tapi, penemuduga-penemuduga saya tahu lebih baik daripada saya. Lantas, saya ditolak mentah-mentah sewaktu ditemuduga tersebut. Perit rasanya untuk ditelan kenangan pahit.

Saat kawan-kawan, sepupu, mak saudara, pok saudara saya bertanyakan soal temuduga, saya cuma mampu menyatakan sekada, "Erm.. boleh laa, persaingan sengit". Sekadar untuk memuaskan hati-hati mereka. Abah dan ummi, tahu yang saya berputus asa daripada diterima di UiTM waktu itu. Saya cuma sekadar berpasrah, cuma.


Semakan ke IPTA bagi pelajar SPM, (17 Mei 2013), 12 tengah hari waktu tempatan. Sebelum itu, tepat pada tarikh yang sama, jam 0:00 a.m, saya sudah mula bukak laman web UPU, takut-takut, keputusan sudah diberitahu awal dari masa yang ditetapkan, tetapi, hampa.

12.06 p.m. seingat saya waktu itu, kongsian link URL tentang semakan sudah dilangsungkan oleh mereka-mereka. Saya semak. Masukkan IC, dalam hati ini, hanya Allah sahaja yang tahu. Pada waktu itu, mental seakan-akan tidak kuat setanding dengan fizikal. Aduhai..

Dan...



TAHNIAH! Anda berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut: E0601 Asasi undang-Undang, Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Inilah yang dinamakan K E A J A I B A N oleh Allah. Ya Allah, terima kasih di atas keajaiban dan rezeki yang dilimpahkan kepada hambamu yang sering lalai ini... Tidak akan ku ulangi kesilapanku yang dulu, kuatkanlah aku, Ya Rabb.

bakal bersambung.. till then, Salam :)

Monday, May 13

Annyeong, chingu!

Salam..

Hari ni dah 13 Mei. Ku akui, rindu sekolah. Kali ni, betul-betul rindu sekolah, sekolahku, Sek Men Keb Agama Wataniah :'(

Banyak kenangan ku cipta bersama teman seperjuangan.. itu, dan ini.. seakan, tatkala mengimbau kembali, sayu rasanya.. sungguh sayu.

By the way, today, ada kawan-kawan sesekolah dulu pergi temuduga maktab, all the best, bakal-bakal cikgu! ^_^

Teringat balik masa pergi temuduga Asasi TESL, UiTM kat UiTM Kampus Kuantan 2, Padang Lalang hari tu. Lots of sweet, but yet, sour and bitter memories -,-

Sekarang, duduk dekat rumah, just tunggu keputusan UPU, asyik tangguh je kan, haishh. Katanya, dalam minggu ketiga bulan Mei, kalau ditangguh lagi, eee memang laa kan >_<

Tawaran matrikulasi, dapat matrikulasi Pahang. Dekat ngan Gambang. Hah Gambang? Yeayyy, Gambang Water Park, ahakss xP

Khamis ni, 16 Mei, Hari Guru :')

Dah lama tak update blog, tetiba, rasa semangat balik nak blogging... Hihi.

That's all, thanks for spending your time, readers :)

Tuesday, January 22

Oppa Gangnam Style



Tajuk tidak ada kena mengena dengan entry di bawah, sekian :P


Salam semua. Blog dah bertukar wajah, sikit je laa. Haha. Kebosanan menganggur di rumah sepenuh masa bagi si budak pasca SPM macam aku ni memang laa tersangat boring boring boring yang amat. Alahai, sabo je laa. Hrm, menunggu lesen L motosikal dan motokar dah nak dekat 3 minggu! Tension yaa amat. Macamana nak masuk kelas jahit kalau tak dapat lesen lagi ni? Abang Ki, cepat laaaaaa, kak long nok bawok keto gi kelas jahit pulop nieeeee. Hakhak. But 2,3 hari lepas abang ki (cikgu memandu aku) dah mesej pemberitahuan lesen L sku dah siap. Hip hip, horeyyy!  Cuma belum dapat jee lagi untuk praktikal lapan jam dan seterusnya prektis make perfect sebelom jumpe abang JPJ. Herrr, scary.

header blog sekarang ;)


header blog dahulu :')



By the way, dah tukar header blog baru! Perisian nak yang ala ala simple giteww. Takmo crowded crowded bagai, ahaksss xD And tadi baru lepas berjinak jinak log in twitter. Duk eh eh eh, aku tak reti. Tapi try and error je laa right :* I'm newbie in twitter. Huhu. Do follow me kalo sudi and i'll follow you back. Kita saling berkenalan gitewwwww. Bahahahaa :P Follow syafiqah zahadi on twitter


Haha, bajet macam orang nak follow sangat kan. Doh, owang dop kenal sorang abuk dalam twitter nih, cuma 2,3 orang gitu jeee. Sobsss T_T *buat muka kesian. Em, okay lah. setakat itu sahajeeeee entry malam ni. Heyy, this is my second entry in 2013! Clap clap my hands. Kahkah. Am I pathetic right, hoho. Chill yawww. K lah, pendek je pon entry ni. Takleh panjang panjang sangat. Bye.

Sunday, January 6

Ahad yang fabulous

Salam, hai uolls. This is my first entry dalam 2013. Haha, well, macam biasa, gara-gara line internet yang tersangatlah sengal, senget dan songo membuatkan kerja untuk menghupdate dipostponed kan dulu. Kesian orkk? Huhu. Ermm.. by the way, hari nie pergi rumah cik Farrah Farzana. Me, Fizz, Ain, Aliffa, Akma pergi rumah Farrah. Motip? Mengeratkan ukhuwwah lah kononnye. Ceywahh :* muahx muahhhxx. Hihikss.


And.. the climax is, kitorang buat kek pelangi karamel! Hehe, thanks to gegurlss. Dapat gak I merasa kek tu ye dak, haha. Buat balik umah sebekas sorang. Then bagi my mom rase, cepat2 ummi suruh cari resepi tu dalam internet dan boleh laa buat sendiri. Thumbs up guys! ;) Here, kek pelangi karamel... Zrafffff~




And seriously guys, dekat umah cik Farrah tu I bersungguhan laa tengok Miss Universe 2012, masa tu cik Fa and Ain pergi cari bahan2 buat kek. I sangatlah boring menunggu diorang. Terlopong and terpukau tengok perempuan2 dari 89 negara duk sengih2 bajet cantik laa tuwww. Hahaa.. but the moral from that is, first, I nak body macam diorang. KAHKAHKAH wakluu :P So what, memang azam tahun baru nak kurangkan berat badan kan? LOL. And second, pakaian bikini duk lenggang lenggok macam dah biase bagi diorang. Nauzubillah. Mintak semua muslimah dijauhi ye. Amiiin. Ok, gtg now, bye :)